Resepi cream puff tersangat mudah!

Hai , Assalamualaikum ..
Okay hari ni wa nak share resepi buat cream puff ! Ekceli dia ni senang je nak buat *dah try buat boleh lah kau kata senang wani , masa mula-mula terkial-kial jugak !

Masa wa first time buat , memang wa sambil ngadap Ipad ! Iye lah , wa curik resepi dari google
dari blogger yang dah lama tau Kak Dee . Terima kasih ye :)

Kali ke-2 wa buat . Yakin gilos kau wani siap tak tengok resepi . Perghh . *thumbs untuk diri sendiri 

Okay . Terus ke bahan-bahan yang di perlukan adalah 

Untuk puff :

- tepung gandum
- mentega
- air 250 ml
- garam 
- 2 biji telur (yang 1 lagi hanya kuning telur)

Untuk cream custard :

- tepung custard
- gula kastor
- susu cair

*P/S : Bahan-bahan ini di letak mengikut suka hati dan perasaan . Agak-agak le ye sayang-sayang sekalian (yang ini lebih kurang untuk 4 orang makan )

Kite mulakan dengan Bismillahirahim :)

1. Sediakan periuk kemudian letak kan mentega dalam 1 sudu . Kemudian , letak kan air sebanyak 250 ml dan letak kan garam (ikut sesedap hati ye ) . Kacau sehingga bahan tersebut mendidih .

2. Apabila mendidih , dengan segara letak kan 1 senduk setengah tepung gandum . Kemudian gaul dengan bersungguh-sungguh sebab dia agak susah . *proses ini mempengaruhi keseluruhan pembuatan cream puff anda* Jadi gaul dengan sebati agar tidak berketul !! <---*motip tanda seru ?

3. Kemudian bahan tersebut akan menjadi seperti doh ye . Dah jadi doh tu , sila matikan api anda dan letak kan di mangkuk besar atau besen atau yang seangkatan dengannya . Okay . Biar kan dia sejuk ye.

4. Terus ke proses seterusnya , dengan mengambil 2 biji telur (dan yang 1 lagi hanyalah kuning telur . Faham ?) Pukul telur tersebut dengan secubit garam jangan segenggam pulok tau .

5. Kemudian , letak kan telur yang sudah di pukul ke doh anda tadi . Kemudian kacau dia laju-laju . Gunakan lah mixture sebaik nya . 

kemudian , adunan tadi telah menjadi agak likat dan cair . Bila anda angkat dengan senduk dia akan jatuh gitu . Faham tak ?


 Lebih kurang macam ni lah uolls .

6. Okay , seterusnya masukkan adunan tu dalam piping bag ye dan guna kan lah nozel bintang tu . Tapi wa tak ada bende alah tu . Jadi, wa gunting tepi plastik . Agak-agak ye uolls .

7. Amek lancer or loyang letak kan mentega sedikit . Kemudian buat lah bentuk yang anda suka . Eh . Tak . Buat lah bentuk macam cream puff tu . Renjis sedikit air ye di adunan anda itu .

8. Sementara itu , panaskan oven ye uolls dalam 200 degre . Set timer dalam 10 minit . Then , terus lah masukan adunan anda tadi tu dalam oven . Set timer dalam 20 minit dengan suhu 180 degree .

Okay , lupakan sebentar puff anda itu . Rajin kan lah diri anda menjenguk diorang tu ye . 

Next step , 
Untuk inti custard pulak :

1. Amek periuk letak kan di atas api perlahan . Kemudian letak kan 1 sudu kecil gula kastor bersama 1 senduk tepung custard . 

2. Kemudian letak kan setengah cucu cair . Gaul dengan gigih ye agar tidak berketul tepung nya .


 Macam ini lah castardnya . (lebih kurang lah )

3. Kacau sehingga likat gitu . Then,bila dah bergelembung . Matikan api ye .

4. Bila dah sejuk , masuk kan ke dalam piping bag .

5. Kemudian , puff anda yang sudah sejuk di gunting tepi , (jangan sampai terbelah 2 pulok )
Masuk kan lah initi custard ke dalam puff anda tu .

6. Sebagai hiasan , taburkan sedikit gula kastor .

Dah siap ! Alhamdulilah !

Blame my sister sebab buat bentuk macam ni =="
Okay , jangan komen apa-apa . Walaupun rupa dia huduh jangan judge dia bukan-bukan ok . Haha . Apa orang putih kata tu "dont judge book by its cover" Hua..hua



No comments:

Post a Comment