Tuesday 20 May 2014

perasaan kucar-kacir

Hai !!
Alhamdulilah wa hidup lagi. Terima kasih Allah!
Wa tergerak hati nak menaip di sini.
Wa kan ada satu perangai ni tau iaitu over. Yes, over. Kalau time sedih. Wa sedih gila hapak pumya. Sama lah situasinya kalau gembira.
Orang lain semua biasa-biasa, tapi bagi wa luar biasa.
Sebenarnya..
*tarik nafas*
Wa sedihh. Wa takut. Wa nervous. Wa teruja. Semuanya ada!
Kenapa wani macam ni?
Iyela. Wa sedih nak tinggalkan syurga sementara wa ni Wa really happy dengan keadaan macam ni. 
Keadaan macam ni? macam apa?
Macam ni lah. Duduk goyang kaki tengok cerita temptation of wife. Duduk lepak kat warung bakso dekat dengan rumah. Duduk sampai terlekat kerusi masa jaga gym. Dan lain-lain.

Wa tak boleh tipu perasaan wa sendiri. Wa nampak macam eksaited nak jadi pelajar matrik. Tapi in fact is wa takut. *gigil*

Wa suka baca belog para ex-KMS. Sebenarnya, wa risau. Wa tak boleh bawak aliran sains tu. Risau ok. Risau!! *jerit*

Wa bukan pandai sangat, wa kena take note, baca nota untuk kefahaman berganda wa. 

Tapi,
wa sedar satu perkara. Wa kan dah lama berada di zon selesa. Jadi, hentakan yang kena kat wa ni adalah tujuan penyedaran supaya wa sedar, tak selamanya kita ni manusia berada di zon selesa,
Suka untuk wa ingatkan diri wa yang wa sedang melakukan penghijrahan. Yes, penghijrahan.
Dan yang namanya penghijrahan perlukan pengorbanan walaupon kau rela sekalipon. Apatah lagi melakukan penghijrahan secara paksa. Faham tak?

Ok. Home-sick. Jauh-jauh lah ayat tu dari aku.
Risau pulok kang kalau aku macam tu. Semoga aku tabah. 
Ok. fine! sudah-sudah lah tu melayan perasan.

Vavaii

Monday 19 May 2014

Mana kau pergi wani T__T

Hai dan Assalamualaikum !
Hello ! Hello ! Hello *bergema
Anybody? Okay. Fine safwani! Mana kau mengilang haa si cantik?
*flip tudung*
Haa. Sian viila ku ini. Tak bersawang okay hanya berabuk

Kena bersihkan ni

*lap peluh di dahi*
Fheww..penatnya bersihkan habuk-habuk ni. Haha. Mengarut wani =="
Maaf lah. Saya busy la. Macam-macam perkara jadi kat hidup saya ni. Sangat banyak.
Pastu kan wa terfikir. Ini baru nak bergelar student. Belum lagi student. Haa! Pastu macam mana nanti dah kahwin lagi. Busy nak jaga anak lagi. Suami lagi. Eh. Yang merapu sangat ni kenapa?
Ok. Wa da lepas temuduga. Wa memang nak citer pasal ni. Sangat best ok.
Tapi..wa ada urusan lah ni.
Hoho. Ok. La. Ni pon busy nak uruskan hal matrik ni.


Motif gambar? Tak tahu la

Vavaii. InsyaAllah. Wa update lagi. Miss you<---*tak masal

Friday 9 May 2014

Kenapa jadi cikgu?

Hai dan Assalamualaikum !

Apa khabar uolls? hope sihat.
Okay, lately ni wa agak malas nak menaip kat sini. Biasanya wa curahan hati kat tweeter or moment wechat. Huhu. Dasar pemalas ini budak

Okay, sekarang ni wa agak sibok lah menimba ilmu ke sana-ke mari (ye lah kau wani, padahal dok google je ) Yes, wa kene study tentang falsafah pendidikan, apa itu ppsmi, apa it pppm and whatsoever tu lah. Wa sebenanaya takut ni nak temuduga. Seumur hidup wa ini adalah first time, so wish me luck keyh bebeh.
yes, wa memang kene beria. Cehh. Sebab wa memang nak jadi guru cantik tau.*ok, fine cantik tu perlu ade ke kat belakang tu wani =="*

Kenapa wa nak jadi cikgu??

Sebabnya, sebenarnya saya nak jadi cikgu adalah kerana pilihan saya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. (terus kengkonon aku kat depan panel )
Saya memang berminat menjadi guru sebab saya suka menyampai kan ilmu *erk*
Berdasarkan hadis Rasulluah yang bermakna 'sampaikan daripadaku walau satu ayah'
Saya melihat kerjaya guru adalah wasilah yang tepat untuk saya menyampaikan ilmu disamping menambahkan saham akhirat saya.*sangat berunsur peribadi dan selfish.Eh, ye la. Kalau aku nak tambah saham akhirat mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab. InsyaAllah. Kalau di beri peluang untuk bergelar guru pasti saya akan mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Ibu saya merupakan seorang guru, jadi dengan sukacitanya saya hendak mewarisi pekerjaannya. (apa kau ingat kerja ni boleh nak waris-waris wani?) 
Haha, berwibawa tak guwe??

Jap. Ni list apa yang i have to do :)

1. Susun siji
2. Photostate ic, sijil bagai
3.Ambil gambar berukuran pasport
4. Recall balik surah hafazan guwe
5. Study balik tentang rukun2 ibadat
6. Study pasal KPM bagai
7. Tahu tentang isu semasa

Dah lah, ini sajalah dulu. Yaa! doakan wa ok.
Ada apa hal, wa menaip lagi. Cehh

Kbhaii

Wednesday 7 May 2014

Sesuatu yang tertinggal !

Hai dan Assalamualaikum!
Macam itu je lah ayat intro wa kan? Ye la. Beri salam lah, kan elok tu :))
Uolls ok? 2 hari wa tak update villa. Cehh

Okay, semalam punya semalam, wa menonton 1 cerita hantu ni tau. Tajuk dia:
SESUATU YANG TERTINGGAL..

What? apa yang tertinggal tu?
Haa! kisah dia ni pasal anak-anak yatim yang pindah banglo lama lah, ada orang yang derma rumah untuk anak yatim. Ok, bagus! boleh tambah saham akhirat ye bila sedekah jariah ni:)
Then, ade misteri lah kan, well, rumah lama, banglo pulak tu, uiii

Pendek kan cerita, zahiril adzim ni jumpa 1 cermin kecil tau, pastu dia hadiahkan la kat sara ali, sebab dia minat dengan sara ali ni, Sara Ali ni pulak selalu kene buli kat sekolah, ada orang dengki dia lah, nak cabul dia lah and whatever tu.

Bila dia guna cermin tu, diri dia terus lain. Dia balas dendam kat budak-budak yang kacau dia tu.
Perghh..cara dia balas memang dahsyat okay!! . Maca tengok final destination pulak. Erghh..budak-budak memang tak boleh tengok, risau tak boleh tidur pulak kang.
Salah satu cara balas dendam ea :

1. Kene kacau kat tandas (erghh..wa paling tak suka cerita hantu part kat tandas, iye lah time itu lah waktu kita bersendirian, mana ada orang dok teman kan) nanti kan, akal wa yang cerdik ni dok pikir macam-macam lah. Jahat betul. Menci lah. 
Ok, kene kacau kat tandas sampai trauma, then masuk hospital, kat hospital pon kene kacau. Gangguan mental betul lah. Then, lari kat jalan raya, pastu kene LENYEK dengan lori, ulang lagi, kene LENYEK ok. LENYEK!! Euwww..orang yang pandu lori tu boleh macam eh, langgar kayu ke aku? Eee..tak suka! kejam

2. Wa ringkas kan je. Budak tu maut bila nak betul kan suis uatma kat rumah dia tau, sebab blackout
Dia kene renjatan eletrik tahap dahsyat sampai bersepai badan dia. Aaaa *jerit sambil tutup mata
How come boleh nak berkecai bagai? Kejam..kejam
Bakar kang CD tu.

Haa! itu lah antara scene nya.
Bagi wa kan, mengarut! Faham tak mengarut, (ceh siap tanya faham ke tidak)
Sebenarnya hantu itu terperangkap kat cermin tu, bila orang guna dia, means macam lepaskan dia dari cermin itu lah.
Lastly, semua anak yatim tu kene sedut dengan cermin besar. Ok, jap. Cermin besar. Padahal yang berhantu tu macam cermin compact gitu, tetiba boleh cermin besar yang sedut diorang tu. =="
 Ok, Maaf ye, anggap lah kritikan yang membina dari wa. Cehh
"Hak mengkritik, hak kami" *tetiba

Seram tu memang, cerita hantu kan.

Ok, dah. Penat menaip. Wa tengah serba salah sebab lupa beli topup akak, my bad! 
Im sorry *kelip-kelip mata dengan harapan menyejuk kan hati akak*

Kbhaii




Monday 5 May 2014

Semakan temuduga IPG

Hai dan Assalamualaikum!
Semoga sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat-Nya
Senyum sikit. :)
Ok. Terima kasih
Hari ini seperti semua orang sedia maklum, keluarnya keputusan layak ke temuduga atau tidak untuk menjadi guru.
Dengan hati yang berdebar*lap peluh sikit, wa pun buka la portal rasmi KPM
Dan wa baca ayat tersebut satu persatu
Macam ni :
Anda tersenarai menghadiri Temu Duga bla..bla..bla..

Fuhh, Alhamdulilah :)))))) *sujud syukur

Maklumat :

Nama: NURSAFWANI BINTI ABDUL WAHAB
Bidang: PENDIDIKAN ISLAM (SJKC). *Eh jap! sjkc? bila pulak aku mohon sekolah cina ni haa? Oh Allah!
Tempat temu duga: IPG KAMPUS TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK *kat mana ni haa! tak pernah dengar pon
Tarikh: 14 MEI 2014

Haa! lebih kurang begitulah maklumat dia. Kat Negeri sembilan? Hemm..
Jauh tu, Ok. Look safwani, pandang dari sudut positif
Bukan senang nak jadi senang dan bukan mustahil untuk senang. Remember that!
*yeahhh! genggam tangan dengan kemas

Ok, lagi apa wa nak taip eh?
Haa! minta tolong jasa baik doakan wa ye. Jadi guru sejati. Acewahh!

Copp, bila haa result UPU? kata hari ini. Harapan palsu semua tu!!
*berlalu pergi sambil menangis teresak-esak* Perghh, dramatik gilos wani ! Haha.

Okay, cukup!! wa kena siap sedia kan semua dokumen ni. Cehh. Gaya busy melampau la =="
Hahah

Kbaii

Saturday 3 May 2014

Eee..lalat

Hai dan Assalamualaikum!
How are you today? diharap sentiasa dalam rahmat Allah :)

Okay, semalam agak sibuk menguruskan rumahtangga saya. Eh tak lah. Semalam ada majlis kecil-kecilan, majlis kesyukuran untuk akak sebab dapat kerja kat KPJ Kluang, dekat pulak tu kat rumah. Alhamdulilah! Allah mudahkan:)

Nak cerita ni, lately ni kan kat luar rumah, yang kat belakang tu, ada banyak sangat lalat. Erghh..
I don't like it. So much!! Lagi-lagi yang langau tu, melampau la dia tu! bunyi bising noo.
Bila wa tutup pintu, then dengar bunyi diorang tu, wa terus rasa tak selamat, seriously, tak selamat langsung, wa terus fikir makanan-makanan wa, macam mana kalau tercemar, macam mana kalau diorang dah hinggap kat makanan wa, Oh noo! 

Wa menci..menci..menci! 

Lalat yang banyak itu, memaksa wa menjadi seorang pembunuh. Kejam pulak tu. Wa sangat berpuas hati bila melihat lalat-lalat tu mati.
(Oh Allah, dahsyatnye kau wani) 

Masa dulu-dulu kan, masa wa sekolah rendah. wa selalu belasah lalat pakai penyapu lidi tau.(pehh..dari kecik dah ade perangai burok minah ni) Best kot buat benda-benda macam tu. Wa suka tengok dia tak boleh terbang dan tergolek bagai. Hahaha*ketawa jahat. Sampai lah, ayah nampak perbuatan tak berperikemanusiaan wa tu, berlaku lah dialog dua beranak itu:

Ayah: kenapa bunuh lalat tu wani?
Wani: dia menyibok je lah ayah
Ayah: seronok ke bunuh dia?
Wani: ha'ah yah, best je bilea hempuk dia pakai penyapu*sengih
Ayah: wani tahu tak? yang wani bunuh tu adalah nyawa. Senang-senang je kite ni sebagai manusia ambil nyawa lalat, macam ambil alih tugas tuhan pulak kan wani?
Wani:*gulp (seriously, wa terdiam. Wa pandang lantai je tau, tengok berapa banyak nyawa lalat yang wa dah ambik) 
Ayah: Salah kita jugak mungkin, sebab tak bersih kan rumah, tak buang sampah tu, tak ikat sampah tu betul-betul. Kan wani kan?
Wani: ha'ah, wa angguk kan kepala wa 

Itulah kisah wa masa dulu-dulu

Dan sekarang, wa still jadi pembunuh, tapi dah berubah cara lah, wa letak kan gam lalat tu, perghh..puas hati wa tengok dia terlekat tu. Hoho

Jap, mesti ingat rumah wa bersepah, kotor sampai lalat hurung kan? In fact is not!
Yang dok mengemas, buang sampah, mengemop, basuh lantai luar dengan belakang rumah adalah WA. 
Wa pon naik hairan dan pelik, kenapa lalat ni masih banyak, wa perhati je lalat-lalat tu, rupanyakan, anak lalat tau yang banyak terbang tu. Perghhh..dah la berjaya menetas, dan bersiar-siar kat kawasan rumah wa. Huhh=="

Wa rimas ok! sampaikan wa kena tenangkan fikiran wa, wa kene fikir cenggini: 
sabar si cantik wani, kalau tak ada lalat, siapa nak ambil alih kerja pereputan bangkai ke whatever tu =="

Ye lah, tapi tak payah la nak menyibok kat belakang rumah wa tu. Okay, kenapa wa kisah sangat? sebab kat bahagian belakang rumah wa adalah tempat cuci pinggan, mangkuk ayun bagai. Opss!
Sinki tu memang letak kat luar untuk kerja pencucian lah. Lagi-lagi yang kena basuh pinggan selalunya adalah AKU, (memang calon menantu yang di cari ni. Rajin melampau) Jadi, wa la yang kene berhadapan dengan lalat-lalat tu. Kalau nak basuh tangan  ada singki kat dalam rumah. Faham? Nanti wa ambil gambar lah. Hahah

Dah la,
Panjang betul wa membebel  pasal lalat ni kan? Sikit lagi wa menaip ni kompem berbuih-buih bawah meja ni. 
Kbhaii 

Thursday 1 May 2014

Rindu dia T__T

Hai , Assalamualaikum !

i want to write something about MISSING ! Windu maksudnya .

Yaa ! perkataan english tu pon dah membawa maksud hilang . 

Di sebabkan kehilangan someone la kita rindu someone tu . 
Ade ke , bile orang tu memang tiap-tiap masa kite ngadap muka dia , kite rindu ke orang tu?
Kalau ada tu means memang namanya tengah hangat bercinta kot . Ye la . kalau tengah bercinta kan , seminit tak bertemu bagai setahun lamanya . Oh . peliss !
Hahah

Okay , uolls pernah rasa tak ? bila windu someone tu tahap nak nanges ? pernah tak ?
Mesti pernah kan..

Ok fine . Wa rindu dia badly !
Dia kawan wa , yaa ! bestfriend wa .
Yang denga semua citer wa ,
yang layan wa bile wa mood gila-gila ,
yang up kan wa bila wa down , 
yang tegur silap wa bila wa mula mereng ,
yang buat wa yakin bahawa wa boleh ada sahabat sampai syurga ,
yang tenangkan wa bila wa kelam kelibut 

yang apa lagi ? yang..coba kau jujur padaku.. Eh 

Hemm..
Missing someone isn't about how long it has been since you've seen them or the amount of time since you've talked . It's about that every moment youre doing something with them . And wishing they were right there with you kan ?

Tahu tak , bila wa windu dia . Hati wa kan macam sebak gitu . Tulis ni pon buat wa boleh mengalir kan air mata wa . Dah la tengah pasang lagu jiwang-jiwang .. Erghh..memang mempengaruhi mood wa . Hoho *lap air mata

I was like wanna write I MISS YOU on a rock and throw at your face . So , you know how much it hurts to miss you . Oh , wani itu sangat melampau !
Tapi , wa tahu , bukan wa je yang rindu dia . Dia pon mesti rindu wa jugak kan ? 
*sedapkan hati 
Mesti dia lagi sedih kat sana tanpa wa . Cehh . Tapi , wa yakin lah , kat mana dia pergi mesti orang akan sayang dia . Sebab she was very kind , humble person . So , dia tak rasa sangat lah kehilangan wa.
Eh . Ye ke ? Ntah lah jahhh 


So , wa kene yakin yang Allah akan jaga ukhuwah kite orang ni . Wa jugak yakin dengan doa .
Yes !! kite berhubung dengan doa . Doa . Doa .Doa .Doa bebanyak !
Amalkan lah doa RABITAH ! . Maksud doa tu memang deep like ocean .
InsyaALLAH , ada rezeki wa kongsi doa tu okay ?
Ok . sekian saja curhat wa !

Oh Allah , jagalah dia : Rabiatul Adawiyah :)