Friday 9 May 2014

Kenapa jadi cikgu?

Hai dan Assalamualaikum !

Apa khabar uolls? hope sihat.
Okay, lately ni wa agak malas nak menaip kat sini. Biasanya wa curahan hati kat tweeter or moment wechat. Huhu. Dasar pemalas ini budak

Okay, sekarang ni wa agak sibok lah menimba ilmu ke sana-ke mari (ye lah kau wani, padahal dok google je ) Yes, wa kene study tentang falsafah pendidikan, apa itu ppsmi, apa it pppm and whatsoever tu lah. Wa sebenanaya takut ni nak temuduga. Seumur hidup wa ini adalah first time, so wish me luck keyh bebeh.
yes, wa memang kene beria. Cehh. Sebab wa memang nak jadi guru cantik tau.*ok, fine cantik tu perlu ade ke kat belakang tu wani =="*

Kenapa wa nak jadi cikgu??

Sebabnya, sebenarnya saya nak jadi cikgu adalah kerana pilihan saya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. (terus kengkonon aku kat depan panel )
Saya memang berminat menjadi guru sebab saya suka menyampai kan ilmu *erk*
Berdasarkan hadis Rasulluah yang bermakna 'sampaikan daripadaku walau satu ayah'
Saya melihat kerjaya guru adalah wasilah yang tepat untuk saya menyampaikan ilmu disamping menambahkan saham akhirat saya.*sangat berunsur peribadi dan selfish.Eh, ye la. Kalau aku nak tambah saham akhirat mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab. InsyaAllah. Kalau di beri peluang untuk bergelar guru pasti saya akan mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Ibu saya merupakan seorang guru, jadi dengan sukacitanya saya hendak mewarisi pekerjaannya. (apa kau ingat kerja ni boleh nak waris-waris wani?) 
Haha, berwibawa tak guwe??

Jap. Ni list apa yang i have to do :)

1. Susun siji
2. Photostate ic, sijil bagai
3.Ambil gambar berukuran pasport
4. Recall balik surah hafazan guwe
5. Study balik tentang rukun2 ibadat
6. Study pasal KPM bagai
7. Tahu tentang isu semasa

Dah lah, ini sajalah dulu. Yaa! doakan wa ok.
Ada apa hal, wa menaip lagi. Cehh

Kbhaii

No comments:

Post a Comment