Sunday 28 December 2014

collection ceghitaaa!

Hai dan salam 1 Malaysia ^_^
Kfine. Hari ni wa rajin sikt nak buat sinopsis Segala cerita sepanjang wa holiday kat rumah ni. Btw, takziah kepada mangsa-mangsa banjir. in sha Allah, ada hikmah semua ni. Dan, di johor pula hujan lebat sejak daripada hati itu. Risiko untuk banjir adalah tinggi ye anak-anak. Jadi, carefull dan banyak kan doa. 

Dan, hari ini wa langsung tak ada cerita tentang kekhilafan wa yang tidak mengupdate blog. Hal ini kerana, alasan yang sama di guna pakai dan bikin mual. Hikss. 
*innocent face*

Okay, back to my topic. Collection ceghitaaa! Ah! poyow je.
Jap wa nak amek calendar, nak recall balek apa yang jadi......

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;
;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

syutt..jangan bising. Tengah recall memory ni

Hemmmmmm

22-November-2014
Title : Kepulangan wa yang diraikan. EH
Ok, wa pulang waktu ni. Mama dengan mak ngah yang ambil wa kat airport. Mulut wa tak berhenti bercerita, sampai berbuih-buih mulut wa. Al-maklumlah nak berkongsi cerita guwa yang pahit dan manis di sana. LOL

~TAMAT~

I Need my phone utk recall bagai ni. My fone off lah. To be continued ah

Bye. XOXO

Thursday 9 October 2014

Helwani ke Safwani? Trololol

Assalamualaikum dan Haiii semua!
Ewahh! tiba-tiba saya rajin menghapdate blog. Ehehhh 
*senyum sikit*


:)

:)

Ok. Hari ni macam-macam pulak nak bercerita. Banyak sangat dalam otak ni diminta untuk dikeluarkan. Sebenarnya, wa banyak sangat cerita yang nak di curahkan di sini. Namun, disebabkan kekangan masa menyebabkan ianya terperap dan last-last terhapus begitu sahaja. So, tiada sudah cerita yang nak dikongsikan. Hemm..boleh terima tak alasan tu untuk tak update blog. Hoho.
Haa! malam tadi. Baru je sebentar tadi...kami telah menghadiri malam helwani. Apakah? Helwani? ke safwani?
Ok. Ekceli dia macam ala-ala malam ladies night la. Ada fashion show, solek-solek lah, ada tutorial shawl lah, ada hias cupcake lah dan lain-lain. 

Ok. Kisahnya begini..wa datang lewat sebab ada perjumpaan tau. So, kengkawan semua malas dah nak berdress-up bagai. Jadi, diorang pakai yang simple jak ba. Siap pakai seluar track je. Hoho. 
Tapi..aku ni tak boleh la. Aku nak jugak pakai mengikut dress code diorang yang penganjur. Tema kali ini ialah pastel colour. So sweet kan? soft jak warna dia. Heee.

Ok, then, wa dah malas. Hohoiii. Kuangasam wani baru syok nak baca tetibe dah habes dah cerita.

Hee..maap ya buk

Nah gambar ;




Comel kan kamii??

baik korang angguk! *ayat berbaur ugutan ni*

Ai?? tak ade gamba lain ke? kenape muka kami je. Bende lain?

Eheherrr. Tak boleh lah. Kamera asyik nak fokus kat muka wa je tau. Menci la mcm niii.
PENIPU! dah tentu-tentu ko gune monopod tu wani.
Tak denya kamera nak fokus kat engko je. melainkan ko paksa. LOL.
Ok lahh. Melalut dah ni. Entah apa-apa je ni.

Ok. baii..lain kali wa update lagi k.


Sunday 5 October 2014

Salam Sayang dari Sabah

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia!
Ahha! hai everybody. Ok. Nak cerita tentang berhari raya korban di Sabah. Yee! wa tak balek home sweet home pon tau. Tsk..Tsk.. *lap hingus*
Time dengar takbir, sayu hati kite. Kite nak mama ayah kite. Ok. Finished. Tak mo masuk mood sesedih ni. Hee. Ok. Pengaalaman pertama beraya korban memang memerlukan pengorbanan kerana banyak aktiviti yang kami lakukan. First sekali, of course lah makan. Ya Allah! makan tu sampai rasa macam nak pecah dah perut, tunggu ,masa saja. Eh. yes, I know it. Makan haruslah berhenti sebelum kenyang. Tapi...godaan dari makanan tu sangat kuat. Erghhh..*tensyenn*

Ok, then kami ke Kg Bundung untuk berkhidmat. kami tolong masak-masak. kami potong daging dan lain-lain. Dan..ini adalah pengalaman pertama wa buat kerja-kerja potong daging ni. 


nampak tu..gaya pegang pisau macam pembunuh bersiri. Eh. Eh

Malas nye la haii nak menaip bagai ni.

lastly, <--- *tetiba jadi besar*
tanda betul-betul nak mengakhiri entry kali ini.
*peace*



Salam Perantauan dari kami. Selamat hari raya aidil adha. Selamat berkorban
Okbhaiii
Mana aku yang dulu??  yang rajin menaip sampai sehari dekat 4 entry??
T_____T
*berlalu pergi sambil menangis*

Lol

Saturday 30 August 2014

Ujian

Hai dan Assalamualaikum!
*buat muka innocent*
Ya! I know it. My bad. Lama sangat, sangat, sangat tak update entry.
Every thing is fine here. Alhamdulilah. Thanks Allah because made my life easy.
Tapi..biasalah kalau hidup tu diuji. Namanya pon ujian. Allah nak bergurau tu dengan kita dan patut rasa bersyukur untuk itu.
Meh wa nak kongsi ayat-ayat cinta dari Allah


(AL-INSYIRAH)
So sweet tau. Allah dah bagitahu dah. Setiap kesusahan pasti ada kesenangan selepas itu.*senyum
Yes!! kita kene yakin dengan ayat tu.
Jadi, tidak akan datang kesenangan selagi tiada kesusahan.
Biasalah awak! yang namanya hidup ni pasti diuji.
Jadi, kita sebagai insan dan hamba ni haruslah mohon kekuatan dariNya agar diberi ketabahan mengharungi hidup ni kan.


*senyum

Tuesday 15 July 2014

Salam Ramadhan bahh!

Hai dan Assalamualaikum !
Wahh. Dah ramdhan la weh. Macam tak sangka. Tak aleh-aleh Ramdhan sudah. Ok. Selamat memyambut Ramadhan ya!. Seeloknya buat lah sujud syukur. Bersyukur kepada Allah kerana masih diberi peluang melalui Ramadhan. Tajdid balik niat. Puasa kerana Allah. Bukan kerana KENE puasa sebab MEMANG kene puasa. Faham tak? Hemm. Bagi aku kali ini Ramdahan aku berbeza sebab aku berpuasa di Sabah! Yeayy. Seriosly, berada di sini selama 4 hari dah boleh buat aku jatuh cinta dengan Sabah.
Ok. Fine. Aku  kene biasakan hidup di sini sebab aku perlu berada disini selama 5 tahun untuk menamatkan pengajian di IPG kamus kent. Insya Allah kalau aku panjang umur. Hemm. Berada di sini buat aku rasa yang aku berada di Indonesia! Hoho. Dengan bahasa baku dia lagi. Bila aku nk try cakap kan jadi bahasa indon. Habes budak Sabah pandang aku slack sebab aku spoiled. Hahaha. Choiii sungguh.
Eh. Jap. Villa aku ni dah lama aku tak melawat. Hemm. Padahal sekarang dah senang je kalau nak menaip. Pakai fon sudah. Tapi tu lah kemalasan yang maha hebat tu menyebabkan tergendala semua cerita yang aku nk tulis kat villa ni.
Lagi nak cakap apa eak?




p/s: aku inagt entry ni dah update. Rupanya hanyalah draft.*Erghhh..
Sebab tu lah aku tulis selamat menyambut Ramadhan. Hee..Kbhaii

Thursday 19 June 2014

persiapan ke matrik

Hai dan Assalamualaikum!
Wah, hari ni Malaysia dah terima 2 ekor panda comel dari China yang beharga lebih kurang 3 juta.
Erghh..mengarot aa semua tu. Cehh. Emo pulak haku.

Apa khabar uolls?
Hope ok, cantik dan anggun. *mengarut

Ok, so apa ye persiapan yang perlu dilakukan pada tika ini untuk ke matrikulasi?

Bagi wa la kan, kelengkapan diri la. Termasuk lah baju ke periuk belanga ke kain batik ke and whatsoever la tu.

Yang ke2. Persiapan mental dan fizikal. Buka hati untuk terima tempat baru walau apapon suasananya.
Yang penting is tajdid niat la. Supaya apa yang kita buat biarlah kerana ALLAH.
InsyAllah dipermudahkan segalanya. Itu memang aku sangat yakin. Dan untuk nk kuat persiapan fizikal haruslah kuat dari segi mental. Mental kene sado beb.

Yang ke3. Haa! bawak lah semua buku sains anda tu*kalau amek bidang sains la* Bergantung jurusan uolls la. Kalau wa kan. Wa memang konfident gila kalau ada buku kesayangan wa. Buku rujukan lah, memang sayang gila, sampai bawak kemana-mana*oh..nmpk beno menipunye*

Aku dan KMS kesayangan

Hai dan Assalamualaikum !
Err..awkward lah nak menulis kat sini. Lama kot tak singgah sini. Ok. Fine. Macam-macam perkara jadi kat aku yang comel ni. Susah nk explain. Hee. Sepatutnye, blog ni jadi tempat yang merakamkan peristiwa yang berlaku dalam hidup aku. Hemm..
Hari ini mungkin hari terakhir aku di sini. Di KMS. Sedih pulak aku. Seriously, aku dah jatuh cinta dan sayang dengan kolej ni. Sangatttt ok. Banyak perkara manis, pahit, masin, payau kat sini tau. Those things made my day colourfull ok. 

Meh.. Biar gambar berbicara. Acecehhh..


entry pendek

Hello *bergema* 
Anybody home? *toleh kiri kanan*
Perghhh..minah ni. Kau ke mana haa?
*flip tudung*
Haha. Ok. Fine. This is entty pendek. Because this is first time i menaip kat fon. Hoho. Seru bangett.
Nnti aku cerita lebih lanjut pasal hidup aku.
Cehhh. Kebajetan terserlah. Ok. Bhaii
Muahhhhhh

Tuesday 20 May 2014

perasaan kucar-kacir

Hai !!
Alhamdulilah wa hidup lagi. Terima kasih Allah!
Wa tergerak hati nak menaip di sini.
Wa kan ada satu perangai ni tau iaitu over. Yes, over. Kalau time sedih. Wa sedih gila hapak pumya. Sama lah situasinya kalau gembira.
Orang lain semua biasa-biasa, tapi bagi wa luar biasa.
Sebenarnya..
*tarik nafas*
Wa sedihh. Wa takut. Wa nervous. Wa teruja. Semuanya ada!
Kenapa wani macam ni?
Iyela. Wa sedih nak tinggalkan syurga sementara wa ni Wa really happy dengan keadaan macam ni. 
Keadaan macam ni? macam apa?
Macam ni lah. Duduk goyang kaki tengok cerita temptation of wife. Duduk lepak kat warung bakso dekat dengan rumah. Duduk sampai terlekat kerusi masa jaga gym. Dan lain-lain.

Wa tak boleh tipu perasaan wa sendiri. Wa nampak macam eksaited nak jadi pelajar matrik. Tapi in fact is wa takut. *gigil*

Wa suka baca belog para ex-KMS. Sebenarnya, wa risau. Wa tak boleh bawak aliran sains tu. Risau ok. Risau!! *jerit*

Wa bukan pandai sangat, wa kena take note, baca nota untuk kefahaman berganda wa. 

Tapi,
wa sedar satu perkara. Wa kan dah lama berada di zon selesa. Jadi, hentakan yang kena kat wa ni adalah tujuan penyedaran supaya wa sedar, tak selamanya kita ni manusia berada di zon selesa,
Suka untuk wa ingatkan diri wa yang wa sedang melakukan penghijrahan. Yes, penghijrahan.
Dan yang namanya penghijrahan perlukan pengorbanan walaupon kau rela sekalipon. Apatah lagi melakukan penghijrahan secara paksa. Faham tak?

Ok. Home-sick. Jauh-jauh lah ayat tu dari aku.
Risau pulok kang kalau aku macam tu. Semoga aku tabah. 
Ok. fine! sudah-sudah lah tu melayan perasan.

Vavaii

Monday 19 May 2014

Mana kau pergi wani T__T

Hai dan Assalamualaikum !
Hello ! Hello ! Hello *bergema
Anybody? Okay. Fine safwani! Mana kau mengilang haa si cantik?
*flip tudung*
Haa. Sian viila ku ini. Tak bersawang okay hanya berabuk

Kena bersihkan ni

*lap peluh di dahi*
Fheww..penatnya bersihkan habuk-habuk ni. Haha. Mengarut wani =="
Maaf lah. Saya busy la. Macam-macam perkara jadi kat hidup saya ni. Sangat banyak.
Pastu kan wa terfikir. Ini baru nak bergelar student. Belum lagi student. Haa! Pastu macam mana nanti dah kahwin lagi. Busy nak jaga anak lagi. Suami lagi. Eh. Yang merapu sangat ni kenapa?
Ok. Wa da lepas temuduga. Wa memang nak citer pasal ni. Sangat best ok.
Tapi..wa ada urusan lah ni.
Hoho. Ok. La. Ni pon busy nak uruskan hal matrik ni.


Motif gambar? Tak tahu la

Vavaii. InsyaAllah. Wa update lagi. Miss you<---*tak masal

Friday 9 May 2014

Kenapa jadi cikgu?

Hai dan Assalamualaikum !

Apa khabar uolls? hope sihat.
Okay, lately ni wa agak malas nak menaip kat sini. Biasanya wa curahan hati kat tweeter or moment wechat. Huhu. Dasar pemalas ini budak

Okay, sekarang ni wa agak sibok lah menimba ilmu ke sana-ke mari (ye lah kau wani, padahal dok google je ) Yes, wa kene study tentang falsafah pendidikan, apa itu ppsmi, apa it pppm and whatsoever tu lah. Wa sebenanaya takut ni nak temuduga. Seumur hidup wa ini adalah first time, so wish me luck keyh bebeh.
yes, wa memang kene beria. Cehh. Sebab wa memang nak jadi guru cantik tau.*ok, fine cantik tu perlu ade ke kat belakang tu wani =="*

Kenapa wa nak jadi cikgu??

Sebabnya, sebenarnya saya nak jadi cikgu adalah kerana pilihan saya sendiri tanpa ada paksaan dari mana-mana pihak. (terus kengkonon aku kat depan panel )
Saya memang berminat menjadi guru sebab saya suka menyampai kan ilmu *erk*
Berdasarkan hadis Rasulluah yang bermakna 'sampaikan daripadaku walau satu ayah'
Saya melihat kerjaya guru adalah wasilah yang tepat untuk saya menyampaikan ilmu disamping menambahkan saham akhirat saya.*sangat berunsur peribadi dan selfish.Eh, ye la. Kalau aku nak tambah saham akhirat mesti dilakukan dengan penuh tanggungjawab. InsyaAllah. Kalau di beri peluang untuk bergelar guru pasti saya akan mendidik anak bangsa dengan bersungguh-sungguh. Ibu saya merupakan seorang guru, jadi dengan sukacitanya saya hendak mewarisi pekerjaannya. (apa kau ingat kerja ni boleh nak waris-waris wani?) 
Haha, berwibawa tak guwe??

Jap. Ni list apa yang i have to do :)

1. Susun siji
2. Photostate ic, sijil bagai
3.Ambil gambar berukuran pasport
4. Recall balik surah hafazan guwe
5. Study balik tentang rukun2 ibadat
6. Study pasal KPM bagai
7. Tahu tentang isu semasa

Dah lah, ini sajalah dulu. Yaa! doakan wa ok.
Ada apa hal, wa menaip lagi. Cehh

Kbhaii

Wednesday 7 May 2014

Sesuatu yang tertinggal !

Hai dan Assalamualaikum!
Macam itu je lah ayat intro wa kan? Ye la. Beri salam lah, kan elok tu :))
Uolls ok? 2 hari wa tak update villa. Cehh

Okay, semalam punya semalam, wa menonton 1 cerita hantu ni tau. Tajuk dia:
SESUATU YANG TERTINGGAL..

What? apa yang tertinggal tu?
Haa! kisah dia ni pasal anak-anak yatim yang pindah banglo lama lah, ada orang yang derma rumah untuk anak yatim. Ok, bagus! boleh tambah saham akhirat ye bila sedekah jariah ni:)
Then, ade misteri lah kan, well, rumah lama, banglo pulak tu, uiii

Pendek kan cerita, zahiril adzim ni jumpa 1 cermin kecil tau, pastu dia hadiahkan la kat sara ali, sebab dia minat dengan sara ali ni, Sara Ali ni pulak selalu kene buli kat sekolah, ada orang dengki dia lah, nak cabul dia lah and whatever tu.

Bila dia guna cermin tu, diri dia terus lain. Dia balas dendam kat budak-budak yang kacau dia tu.
Perghh..cara dia balas memang dahsyat okay!! . Maca tengok final destination pulak. Erghh..budak-budak memang tak boleh tengok, risau tak boleh tidur pulak kang.
Salah satu cara balas dendam ea :

1. Kene kacau kat tandas (erghh..wa paling tak suka cerita hantu part kat tandas, iye lah time itu lah waktu kita bersendirian, mana ada orang dok teman kan) nanti kan, akal wa yang cerdik ni dok pikir macam-macam lah. Jahat betul. Menci lah. 
Ok, kene kacau kat tandas sampai trauma, then masuk hospital, kat hospital pon kene kacau. Gangguan mental betul lah. Then, lari kat jalan raya, pastu kene LENYEK dengan lori, ulang lagi, kene LENYEK ok. LENYEK!! Euwww..orang yang pandu lori tu boleh macam eh, langgar kayu ke aku? Eee..tak suka! kejam

2. Wa ringkas kan je. Budak tu maut bila nak betul kan suis uatma kat rumah dia tau, sebab blackout
Dia kene renjatan eletrik tahap dahsyat sampai bersepai badan dia. Aaaa *jerit sambil tutup mata
How come boleh nak berkecai bagai? Kejam..kejam
Bakar kang CD tu.

Haa! itu lah antara scene nya.
Bagi wa kan, mengarut! Faham tak mengarut, (ceh siap tanya faham ke tidak)
Sebenarnya hantu itu terperangkap kat cermin tu, bila orang guna dia, means macam lepaskan dia dari cermin itu lah.
Lastly, semua anak yatim tu kene sedut dengan cermin besar. Ok, jap. Cermin besar. Padahal yang berhantu tu macam cermin compact gitu, tetiba boleh cermin besar yang sedut diorang tu. =="
 Ok, Maaf ye, anggap lah kritikan yang membina dari wa. Cehh
"Hak mengkritik, hak kami" *tetiba

Seram tu memang, cerita hantu kan.

Ok, dah. Penat menaip. Wa tengah serba salah sebab lupa beli topup akak, my bad! 
Im sorry *kelip-kelip mata dengan harapan menyejuk kan hati akak*

Kbhaii




Monday 5 May 2014

Semakan temuduga IPG

Hai dan Assalamualaikum!
Semoga sihat selalu dan sentiasa dalam rahmat-Nya
Senyum sikit. :)
Ok. Terima kasih
Hari ini seperti semua orang sedia maklum, keluarnya keputusan layak ke temuduga atau tidak untuk menjadi guru.
Dengan hati yang berdebar*lap peluh sikit, wa pun buka la portal rasmi KPM
Dan wa baca ayat tersebut satu persatu
Macam ni :
Anda tersenarai menghadiri Temu Duga bla..bla..bla..

Fuhh, Alhamdulilah :)))))) *sujud syukur

Maklumat :

Nama: NURSAFWANI BINTI ABDUL WAHAB
Bidang: PENDIDIKAN ISLAM (SJKC). *Eh jap! sjkc? bila pulak aku mohon sekolah cina ni haa? Oh Allah!
Tempat temu duga: IPG KAMPUS TEKNIK KOMPLEKS PENDIDIKAN BANDAR ENSTEK *kat mana ni haa! tak pernah dengar pon
Tarikh: 14 MEI 2014

Haa! lebih kurang begitulah maklumat dia. Kat Negeri sembilan? Hemm..
Jauh tu, Ok. Look safwani, pandang dari sudut positif
Bukan senang nak jadi senang dan bukan mustahil untuk senang. Remember that!
*yeahhh! genggam tangan dengan kemas

Ok, lagi apa wa nak taip eh?
Haa! minta tolong jasa baik doakan wa ye. Jadi guru sejati. Acewahh!

Copp, bila haa result UPU? kata hari ini. Harapan palsu semua tu!!
*berlalu pergi sambil menangis teresak-esak* Perghh, dramatik gilos wani ! Haha.

Okay, cukup!! wa kena siap sedia kan semua dokumen ni. Cehh. Gaya busy melampau la =="
Hahah

Kbaii

Saturday 3 May 2014

Eee..lalat

Hai dan Assalamualaikum!
How are you today? diharap sentiasa dalam rahmat Allah :)

Okay, semalam agak sibuk menguruskan rumahtangga saya. Eh tak lah. Semalam ada majlis kecil-kecilan, majlis kesyukuran untuk akak sebab dapat kerja kat KPJ Kluang, dekat pulak tu kat rumah. Alhamdulilah! Allah mudahkan:)

Nak cerita ni, lately ni kan kat luar rumah, yang kat belakang tu, ada banyak sangat lalat. Erghh..
I don't like it. So much!! Lagi-lagi yang langau tu, melampau la dia tu! bunyi bising noo.
Bila wa tutup pintu, then dengar bunyi diorang tu, wa terus rasa tak selamat, seriously, tak selamat langsung, wa terus fikir makanan-makanan wa, macam mana kalau tercemar, macam mana kalau diorang dah hinggap kat makanan wa, Oh noo! 

Wa menci..menci..menci! 

Lalat yang banyak itu, memaksa wa menjadi seorang pembunuh. Kejam pulak tu. Wa sangat berpuas hati bila melihat lalat-lalat tu mati.
(Oh Allah, dahsyatnye kau wani) 

Masa dulu-dulu kan, masa wa sekolah rendah. wa selalu belasah lalat pakai penyapu lidi tau.(pehh..dari kecik dah ade perangai burok minah ni) Best kot buat benda-benda macam tu. Wa suka tengok dia tak boleh terbang dan tergolek bagai. Hahaha*ketawa jahat. Sampai lah, ayah nampak perbuatan tak berperikemanusiaan wa tu, berlaku lah dialog dua beranak itu:

Ayah: kenapa bunuh lalat tu wani?
Wani: dia menyibok je lah ayah
Ayah: seronok ke bunuh dia?
Wani: ha'ah yah, best je bilea hempuk dia pakai penyapu*sengih
Ayah: wani tahu tak? yang wani bunuh tu adalah nyawa. Senang-senang je kite ni sebagai manusia ambil nyawa lalat, macam ambil alih tugas tuhan pulak kan wani?
Wani:*gulp (seriously, wa terdiam. Wa pandang lantai je tau, tengok berapa banyak nyawa lalat yang wa dah ambik) 
Ayah: Salah kita jugak mungkin, sebab tak bersih kan rumah, tak buang sampah tu, tak ikat sampah tu betul-betul. Kan wani kan?
Wani: ha'ah, wa angguk kan kepala wa 

Itulah kisah wa masa dulu-dulu

Dan sekarang, wa still jadi pembunuh, tapi dah berubah cara lah, wa letak kan gam lalat tu, perghh..puas hati wa tengok dia terlekat tu. Hoho

Jap, mesti ingat rumah wa bersepah, kotor sampai lalat hurung kan? In fact is not!
Yang dok mengemas, buang sampah, mengemop, basuh lantai luar dengan belakang rumah adalah WA. 
Wa pon naik hairan dan pelik, kenapa lalat ni masih banyak, wa perhati je lalat-lalat tu, rupanyakan, anak lalat tau yang banyak terbang tu. Perghhh..dah la berjaya menetas, dan bersiar-siar kat kawasan rumah wa. Huhh=="

Wa rimas ok! sampaikan wa kena tenangkan fikiran wa, wa kene fikir cenggini: 
sabar si cantik wani, kalau tak ada lalat, siapa nak ambil alih kerja pereputan bangkai ke whatever tu =="

Ye lah, tapi tak payah la nak menyibok kat belakang rumah wa tu. Okay, kenapa wa kisah sangat? sebab kat bahagian belakang rumah wa adalah tempat cuci pinggan, mangkuk ayun bagai. Opss!
Sinki tu memang letak kat luar untuk kerja pencucian lah. Lagi-lagi yang kena basuh pinggan selalunya adalah AKU, (memang calon menantu yang di cari ni. Rajin melampau) Jadi, wa la yang kene berhadapan dengan lalat-lalat tu. Kalau nak basuh tangan  ada singki kat dalam rumah. Faham? Nanti wa ambil gambar lah. Hahah

Dah la,
Panjang betul wa membebel  pasal lalat ni kan? Sikit lagi wa menaip ni kompem berbuih-buih bawah meja ni. 
Kbhaii 

Thursday 1 May 2014

Rindu dia T__T

Hai , Assalamualaikum !

i want to write something about MISSING ! Windu maksudnya .

Yaa ! perkataan english tu pon dah membawa maksud hilang . 

Di sebabkan kehilangan someone la kita rindu someone tu . 
Ade ke , bile orang tu memang tiap-tiap masa kite ngadap muka dia , kite rindu ke orang tu?
Kalau ada tu means memang namanya tengah hangat bercinta kot . Ye la . kalau tengah bercinta kan , seminit tak bertemu bagai setahun lamanya . Oh . peliss !
Hahah

Okay , uolls pernah rasa tak ? bila windu someone tu tahap nak nanges ? pernah tak ?
Mesti pernah kan..

Ok fine . Wa rindu dia badly !
Dia kawan wa , yaa ! bestfriend wa .
Yang denga semua citer wa ,
yang layan wa bile wa mood gila-gila ,
yang up kan wa bila wa down , 
yang tegur silap wa bila wa mula mereng ,
yang buat wa yakin bahawa wa boleh ada sahabat sampai syurga ,
yang tenangkan wa bila wa kelam kelibut 

yang apa lagi ? yang..coba kau jujur padaku.. Eh 

Hemm..
Missing someone isn't about how long it has been since you've seen them or the amount of time since you've talked . It's about that every moment youre doing something with them . And wishing they were right there with you kan ?

Tahu tak , bila wa windu dia . Hati wa kan macam sebak gitu . Tulis ni pon buat wa boleh mengalir kan air mata wa . Dah la tengah pasang lagu jiwang-jiwang .. Erghh..memang mempengaruhi mood wa . Hoho *lap air mata

I was like wanna write I MISS YOU on a rock and throw at your face . So , you know how much it hurts to miss you . Oh , wani itu sangat melampau !
Tapi , wa tahu , bukan wa je yang rindu dia . Dia pon mesti rindu wa jugak kan ? 
*sedapkan hati 
Mesti dia lagi sedih kat sana tanpa wa . Cehh . Tapi , wa yakin lah , kat mana dia pergi mesti orang akan sayang dia . Sebab she was very kind , humble person . So , dia tak rasa sangat lah kehilangan wa.
Eh . Ye ke ? Ntah lah jahhh 


So , wa kene yakin yang Allah akan jaga ukhuwah kite orang ni . Wa jugak yakin dengan doa .
Yes !! kite berhubung dengan doa . Doa . Doa .Doa .Doa bebanyak !
Amalkan lah doa RABITAH ! . Maksud doa tu memang deep like ocean .
InsyaALLAH , ada rezeki wa kongsi doa tu okay ?
Ok . sekian saja curhat wa !

Oh Allah , jagalah dia : Rabiatul Adawiyah :)

Wednesday 30 April 2014

Masa form 1

Hai , Assalamualaikum !

SubhanAllah , Alahamdulilah , Allahuakbar ! *amek beberapa saat zikir ye*

Okay, Hari ni rasa nak sambung cerita masa zaman sekolah wa . 
Bismillah..

Wa senaraikan la . Senang sikit . Tehee~

1. Setiap hari , menjadi kewajipan untuk menangis ! 
Yes ! aku ngaku . Dulu setiap pagi , aku akan nanges .
Bile bangun je pagi (dah lah pukol 4 okay !!)Hati aku macam sebak tau . Ishh..Masa time mandi sesejuk tu .Air mata aku pun mengalir sekali . Sadis kan? bayangkan , macam mana aku nak hadapi hari aku , bile permulaan adalah tangisan . Cehh . 
P/S : perkara ni almost happen 5 month !
*lama tu . kalau tadah air mata aku tu , boleh tahan buat wudhu' setahun*

2. Masa awal tahun . Maksudnya dalam bulan 1 , 2 gitu . Setiap hari 2 kali aku dok tepon mama . Nanges-nanges!! oh wani , sangat menyusahkan mama ea 
Semoga Allah ampunkan aku di atas kesilapan lalu T__T

3. Percayalah !
orang kenal aku adalah orang yang biasa-biasa je . Maksudnye , diorang tak tahu yang aku ni Kaki nanges . Looks , bijak kan aku menyembunyikan perasaan hati ku yang galau itu 
Eh . ye je . diorang tak tahu

4. Aku belajar redha :))
Oh ALLAH , indahnya kau tempat kan aku di SMAKJ .
Waktu aku sedih macam tu . Aku cuma rasa dalam dunia ni . Aku hanya ada Allah . So sweet perasaan tu . Masa aku kene masuk SMAKJ . Aku rasa mama , ayah tak sayang kat aku ! (teruknye kau wani)
Tapi..sekarang lain lah . Bersyukur sangat *senyum lebar-lebar

5. Aku di lantik menjadi ketua batch . Erghhh . Bermula lah episod hitam aku . Hahaha 
malas nak cakap pasal ni . Aku bukan bagus pon dalam hal memimpin ni 
*sedih

6. Aku ade akak angkat yang baik . aku je tau yang teruk . Hemm.

7. Tak ada orang yang nak usha aku . Sebab aku tak cantik dulu
Tapi sekarang meletopss . vavavoom . *perasan budak ni
Hhahahaha . *apelah wani ni=="
(Sebenanya aku tak kesah langsung pon )


8. Setiap kali nak balek hostel je , aku akan nanges !
Macam ni tau , starting malam nak packed tu . Hati aku mula aa lain macam . Sebak gitu !
Pastu , dalam kereta , dah nak sampai , muka aku dah lain macam , senyum pon dah macam U terbalek . Oh Allah !
*ekceli sampai form 5 aku nanges kalau cuti lama =="

9. Aku sangat terkejut masa first time , masuk kelas !
I was like...erghh . Ni ke tempat yang aku nak belajar . Dengan softboard macam nak tercabut , bangunan buruk . Eh !
Pastu , masa first kelas tu , aku dah kene denda berdiri . Masa madah tauhid 
Ya Allah , time diri tu , air mata aku sipi-sipi nak jatuh . 

10. Starting form 1 , aku dah kawan baik dengan Rina , Beah . Ekceli , diorang dah ade geng gitu . Tapi . aku sebok . Hahahaha
whatever =="
Yang penting , aku sayang korang . Insya Allah kerana Nya :))

11. Tulis diari setiap hari ok

Lagi ape eak ?
*pikir..pikir
Jangan bising , wa nak recall memory ni
Oh . ok . Tu je lah .

Moral of the story :
~yakinlah kat Allah . He knows the best for us
~Allah sangat baik . Kite dekat dengan Dia . Lagi dekat dia dengan kite 
~Ngadu lah kat Allah . Patut bersyukur sebab Allah tak pernah nak judge kie
~Nanges semua tu , buat aku Kuat dan sehat . eh . Maap
~Dah terbiasa duduk jauh dengan mama,jadi nanti insyaAllah , bile sambung belajar tak lah rasa susah sangat
~Beri peluang pada diri untuk berubah walaupon susah ye sayang
~Buka hati dan juga minda untuk adapt kat tempat-tempat yang baru 
Walau ape pon problem . Ingat yang kite ade ALLAH :)
Thanks for reading stalker ! hahah
p/s : wa tak reti nak buang kaler putih kat belakang tulisan tu =="

Kbhaii

Hangphone !

Hai , Assalamualaikum !

Okay , wa ada usha 1 handphone tau 
semadd . Wa memang suka !
Harga dia mahal tau asalnya , tapi di sebabkan tokey tu baik dia kasik wa harga yang ok la .
Not bad la !!
Perghh . Ni memang kene grab ni . 
Oh Allah , semoga wani ade peluang dapat dia tu :))

I hope..I hope..I hope *sebut macam Lisa surihani dalam Istanbul aku dtg tu !

Ok . Tu je .
Kbhaii

Oh gitar ku !

Hai , Assalamaulaikum !

*tarik nafas*

Hari tu kan (mula nak mengadu la ni , jage-jage)
Gitar wa yang nama kontot tu terputus tali nya . Tali yang ke-enam putus !!
T______T

Macam ni tau , Hari tu dengan ayah kat ruang tamu , kite orang 1 family nyanyi-nyanyi lah . Ayah yang main gitar . Dah habes main , ayah pon letak kat sofa .
Then , waktu tu wa nak duduk so , wa alehkan lah kontot tu . 
Unfortunately , kontot terhantuk kat meja ! 
Bila wa tengok , ai . dah terputus da 
Kesian kontot

Nanti , ada rezeki wa beli tali baru ye :))

Kbhaii

Tuesday 29 April 2014

Aku yang dulu,bukanla yang sekarang

Hai , Assalamualaikum !

Okay , alhamdulilah ! Allah mudahkan urusan wa . Dari tadi wa bizi menghadap kerja angah . Ala-ala counting gitu . Pening sikit *picit-picit kepala

Ekceli , kalau wa tengok nombor dalam masa yang lama , wa akan pening . Ini serius tau . Kalau wa still ngadap means akan banyak kesalahan di situ . 

Okay , uolls tengok kelender sekarang ! esok 30 hb . Wa nak bagitahu adik wa balekkkk !!
wa windu sebenanya kat dia . sian dia . Seorang diri di perantauan . *means kat hostel
And esok jugak ada Majlis Anugerah cemerlang di sekolah wa . Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor . Oh Allah , windunye waktu dulu-dulu . 

Okay , wa terus berfeeling nak cerita zaman sekolah wa :)

Begini ceritanya adik-adik *sambil bukak buku bertajuk kisah si gadis manis . Uhuk-uhuk

Okay . Semasa saya tingkatan 1 . Pada awalnya , saya bersekolah si Sekolah Tinggi Kluang . Sekolah klaster (macam mana eja ni weh ?) tu beb ! series talk . Saya dah bahagia di sana .

Tiba-tiba , pada 1 malam yang happy , saya bertindak menelefon ibunda saya . Dan ibunda saya tanpa ragu memberitahu bahawa saya diterima masuk ke sekolah agama tersebut
 (apahal ayat skema ni hoi)
Mama cakap wani kene jugak masuk sekolah tu ok ! Dalam hati saya . Memang tak nak . Tak nak dan tak nak . Tak nak okay . Sekali lagi Tak nak !! *nampak tak di situ bertapa tak nak 

Ok . Sambung,

Then , waktu saya nak pergi ke kelas . Dengan dah siap pakai baju sekolah semua tau Tiba-tiba mama datang . 

Mama : wani , siapkan barang ea . Hari ni pendaftaran kat sekolah tu
Me : Ma , wani kan tak nak pergi . *tarik muka sikit
Mama : Tak ape la wani . Try je ok 
Me : Erghhhh (jahat aku dulu , sekarang alhamdulilah dah tak mcm tu . Kalau masih macam tu . campak dalam gaung yang paling dalam). Astargfirallahalazim!

Dalam hati wa : sekolah apa ni ? kat mana ? *walaupun aku duduk kat kluang dari kecik , tapi aku tak pernah tahu kewujudan sekolah tu =="

p/s : Maaf ye ! sekejap wa , sekejap saya sekejap aku ! *semua ni bergantung kepada mood agar penceritaan wa macam real sikit . Hee~

Ok then , 

wa sampailah kan sekolah tu . Oh ya ! semua yang perempuan bertudung labuh . Sweet je tengok . Yang lelaki tu pon bersongkok . hemm . sekolah agama kan . Kene bawak imej tu :))

pastu masa tengah nak daftar tu . macam-macam hal . Tak boleh ic photostate la . Aku dtg lambat untuk daftar la . bla..bla..bla . erghh <---*tension lah aku , yang susah mama , ayah 
seriesly , masa tu aku ingat orang yang dok tolong daftar-daftar tu ustaz dan ustazah tau .
Pastu tengok aku atas , bawah . *ye la waktu tu aku pakai kasut putih , tudung pendek dgn lencana STK , kain kaler biru .
sangat melanggar etika pemakaian . maksud aku sepatutnya , kasut kene kaler hitam , tuduh labuh*ade ukuran dia okay , kain kene kain macam hijau nak kebiru-biruan . Dan...aku tak ada semua tu . Faham ?

Uolls tahu tak perasaan saya masa tu . Bercampur baur , bergaul dengan sebatinya ok . Geram + sedih + marah + tak rela . and whatsoever tu la . Bile semuanya bersatu menjadi kan aku seorang yang suka MENANGIS !!

Oh Allah , sedih bile wa terkenang balek T_____T

ok . Tarik nafas jap . Air mata macam nak meleleh la . 

Cerita ni to be continued ye . Insya ALLAH :))


Monday 28 April 2014

im Back !

Hai dan Assalamualaikum !

Oh villa kesayangan , I tak jumpa u 2 hari . Uhuk-uhuk *peluk laptop

Oh ya ! ketiadaan wa adalah kerana mama bawak lari wifi . Hoho .
Is sokay sebab mam ada periksa tau . Mama sambung ijazah .Semoga Allah mudah kan lah urusan mama !
Ameen~
*tadah tangan dengan penuh pengharapan

Okay , Nak bagi tahu . Boleh semak temuduga guru starting 5 Mei . Bermula jam 4 petang gitu .
Oh Allah , Semoga wani layak untuk ke temu duga dan berjaya masuk ke maktab . Besar cita-cita wa untuk mendidik anak bangsa . Acewahh !

Dah , tu je yang nak diceritakan .
Kbhaii..

Friday 25 April 2014

Makluman yang AGAK penting !

Makluman kepada anda ,
Yaa !! anda la , siapa lagi ==' . Jangan nak toleh kiri , kanan ea ! *emo
Eh , kau pahal wani ? nak ber-emosii . Eh . Maaf yaa !

Okay , sebenanya wa nak explain . Villa ku ini adalah agak merapu daripada ilmiahnya . Jadi , maaf kepada yang tak senang gaya penulisan wa ok?? *kelip-kelip mata dan hasilnya menakutan . Hua..hua
Villa ni juga adalah macam daily routine wa , apa yang jadi kat wa ? wa buat apa ? wa dapat pakwe kaya ke ? Eh . Tak . Tak !
 Ada certain people cakap : manusia ni boleh di nilai melalui gaya penulisan dia . Yes i admit it sebab bila wa baca blog orang lain pon , wa akan judge orang tu macam mana . Then , kalau uolls nak judge wa macam mana just do it . No offense . Eh . No hal la kat wa . Salah tu tetap salah sebab sangkaan kite tak semestinya betul kan??

Eh , wa rasa wa dah macam bebel tah apa-apa la . sorry !


Lagi , apa yang wa nak bagitahu eak ?*garu-garu kepala
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ahha ! tu je lah . 
Kbaii