Tuesday 20 May 2014

perasaan kucar-kacir

Hai !!
Alhamdulilah wa hidup lagi. Terima kasih Allah!
Wa tergerak hati nak menaip di sini.
Wa kan ada satu perangai ni tau iaitu over. Yes, over. Kalau time sedih. Wa sedih gila hapak pumya. Sama lah situasinya kalau gembira.
Orang lain semua biasa-biasa, tapi bagi wa luar biasa.
Sebenarnya..
*tarik nafas*
Wa sedihh. Wa takut. Wa nervous. Wa teruja. Semuanya ada!
Kenapa wani macam ni?
Iyela. Wa sedih nak tinggalkan syurga sementara wa ni Wa really happy dengan keadaan macam ni. 
Keadaan macam ni? macam apa?
Macam ni lah. Duduk goyang kaki tengok cerita temptation of wife. Duduk lepak kat warung bakso dekat dengan rumah. Duduk sampai terlekat kerusi masa jaga gym. Dan lain-lain.

Wa tak boleh tipu perasaan wa sendiri. Wa nampak macam eksaited nak jadi pelajar matrik. Tapi in fact is wa takut. *gigil*

Wa suka baca belog para ex-KMS. Sebenarnya, wa risau. Wa tak boleh bawak aliran sains tu. Risau ok. Risau!! *jerit*

Wa bukan pandai sangat, wa kena take note, baca nota untuk kefahaman berganda wa. 

Tapi,
wa sedar satu perkara. Wa kan dah lama berada di zon selesa. Jadi, hentakan yang kena kat wa ni adalah tujuan penyedaran supaya wa sedar, tak selamanya kita ni manusia berada di zon selesa,
Suka untuk wa ingatkan diri wa yang wa sedang melakukan penghijrahan. Yes, penghijrahan.
Dan yang namanya penghijrahan perlukan pengorbanan walaupon kau rela sekalipon. Apatah lagi melakukan penghijrahan secara paksa. Faham tak?

Ok. Home-sick. Jauh-jauh lah ayat tu dari aku.
Risau pulok kang kalau aku macam tu. Semoga aku tabah. 
Ok. fine! sudah-sudah lah tu melayan perasan.

Vavaii

No comments:

Post a Comment